Saturday, 18 June 2011

Apakah yang dimaksudkan dgn Qada’ dan Qadar.
Pengertian Qada’ ialah sesuatu yg berlaku kepada seseorang samada perkara yang baik dan buruk yg telah ditetapkan oleh Allah swt sejak azali lagi. sebagai contoh rupa paras, ketentuan rezeki, ajal maut dan juga jodoh.
Pengertian qadar pula ialah perlaksanaan qada ‘ itu tadi berlaku. Contohnye : Zamir berjaya di dalam perniagaannya ketika berumur 40tahun.
Oleh sebab itu jangan lah kita berhenti berusaha dan berputus asa kecewa kerana sudah puas kite berusaha namun kejayaan masih belum kita miliki. Kerana telah tertulis di azali lagi bahawa kita akan memperolehi kejayaan pada suatu masa yang kita sendiri pun tak tahu.
Tetapi janganlah pula semuanye sudah tertulis, kita pun malas pulak nak berusaha nak tunggu dan lihat sahaja kerana kan Allah dah tentukan…?! tak payah susah2lah.
Eh..tak bolehlah mcm tu… Kerana Allah sudah berfirman Yg bermaksud “tidak akan berubah sesuatu Qada’ itu melainkan dengan doa” doa dan usaha… ikhtiar seterusnya bertawakallah kepada Allah kembali. Doa sahaja tak cukup tau..ingat tuu..